Semalam ade usrah. Actually aku terpaksa join satu kumpulan usrah yg di'conduct' oleh kawan aku. Memang liat sangat nak pergi setiap mlm khamis, tapi terpaksa la nak jaga hati kawan aku tu. Tapi setiap kali aku berusrah ni, mamang banyak input menarik tentang agama yang aku dapat. Semalam masa usrah kitaorang buat makan-makan. Roti sardin celup telur. Sambil-sambil tu kawan aku ni tanya la ape yg kitorang buat hari ni, adakah lebih baik dari hari semalam. Dia bagitau kita kena selalu analyse adakah hari ini lebih baik dari hari sebelomnye dan berazam supaya hari esok lebih baik dari hari ini. Must plan apa yang kita nak buat esok, letakkan target. So bila aku pikir-pikir ape yang aku dh buat hari ni compare dengan semalam, hari ini nampaknye lebih baik. Kalau semalam aku bangun pukul 10 pagi, mengakibatkan aku terlambat untuk masok lab untuk buat analysis, pasal method yang aku pakai banyak step, mau 5,6 jam baru siap. So aku just lepak dalam bilik siswazah, bual-bual dengan teman sesupervisor. Buat keje sikit sangat, banyak buang masa berinternet and dengar lagu. Tapi hari ini aku bangun lebih awal. Pkol 9.10 pagi camtu, mandi and bersiap cepat-cepat, teros masok lab and mulakan keje. Malam pulak aku plan nak kuar dengan farah, tapi farah ditch aku. Tak jadi jumpe padahal aku dah excited dah. Sampai hati kau farah. Huhhh.... Tengah malam sikit on facebook, nampak kawan lama online. Boring, so try ajak die chatting..tiba-tiba dia teros offline. Hm somehow felt a lil bit sad at the end of the day. Hari ni mungkin lebih baik dari semalam tapi kerja matter tak mempengaruhi mood aku tapi personal thingy sangat influence aku punya emosi dan semangat, untuk teroskan hari esok...
Rentetan 2013
10 years ago
0 comments:
Post a Comment