Sunday, June 6, 2010

[Review] Lagenda budak setan




Jumaat lepas dah tengok movie Legend of satan boy (boleh ke camni?) and inilah reviewnye daripada aku! Sume orang buat review so takleh jadi dengki dengki nak buat jugak. Tengok tayangan midnight tu, cam bese aku berusaha bile dah gersang nak tengok movie baru yang ditunggu-tunggu. Ok la citenye nak kata tak best tak jugak, nak kata bestttt sangattttt pon tak jugak. Bese la cite romance melayu masa tengah tengok tu mesti ade rasa bosan bosan sket. Sebelum ni aku teruja sangat nak tengok pasal die punya trailer cam gempak gile..rasa cam inilah filem melayu 2010. Takde filem lain boleh challenge dah. Disebabkan filem ni adalah adaptasi novel, cam bese akan banyaklah babak babak yang nampak cam tergantung pasal banyak benda nak diceritakan dalam tempoh sejam lebih.

Ringkasan cerita adalah Kasyah (Farid kamil) yang jugak dipanggil budak setan disebabkan oleh kenakalannya telah menyukai Ayu (Lisa surirumah ehh surihani) dan mula la meng'adjust'2 Ayu itu sampai mereka bercinta. Tapi Ayu terpaksa berkahwin dengan kekasih lamanye iaitu Azmi (Que haidar) diatas permintaan ibunye yang sedang sakit. Tapi Azmi ni jahat, mereka bergaduh dan Ayu telah seksiden semasa lari dari rumah selepas bergaduh. Akibat dari seksiden itu muka Ayu yang cun cun gile itu dah rosak dan jadi hudus yang amat (babak ni kelaka, sume orang gelak hahah). Ayu buat pembedahan plastik dan mukanye dah jadi tak sama macam dulu dan jugak bercerai ngan Azmi jahat tu. Kasyah jumpa balik Ayu yang muka dah lain itu dan berkahwin tapi masa ni Ayu hilang ingatan la pulak.... Sementara itu ade sorang pompuan namanye Katrina (Fazura) menyukai Kasyah tapi kasyah tak layan pasal die masih cintakan Ayu. Tapi Ayu mati semasa melahirkan anak hasil perkongsian hidop dengan Kasyah. Dan habis..cite akan bersambong entah bile pulak....tajuk katrina kot, sama macam novel.

Dari segi lakonan, Farid kamil berlakon best la kot disamping best la si Farid kamil tu dapat pelok sume pompuan dalam cite tu termasok Shila Mambo pon die nak pelok. Lisa surihani pon best pasal die lawa dan ayu yang amat, kalau belakon tak best pon totap nampak cam best. Tapi kan tak boleh sebut huruf R rupanye si lisa ni. Orang bunyi oghang, frust jadi fgruh, marah bunyi maghah. Hahah..comel pule...Ayu yang dah berubah wajah dilakonkan oleh Shikin kot namanye, pelakon baru yang tidaklah secantek lisa surihani dah pulak tu tinggi dari lisa surihani. Nampak sangat la tipunye. Apasal tak ukur dulu masa pilih pelakon. Cite mula rasa meleret leret sket bile Ayu hilang ingatan dan lupe sume orang termasok Kasyah (tapi nak buat camne dah novelnye camni). Que Haidar dan Fazura berlakon sangat best dan nampak real. Pelakon pelakon tambahan lain yang bawak watak kawan-kawan sengal kepada Kasyah seperti Nubhan (keras ya amat ko belakon, mati aku tengok), Zoey gerak geri gasing (okla die belakon pasal die ni orang tempat aku so mestilah ok kan..) and Nabil anak wayang belakon sambil kontrol ensem plus keras keras umpama kayu kayan. Lagi pelakon lain adalah anak pontianak tu nama ape ah, zarina ke, rasanye die la kot bawak watak ala ala betty dan kena buli ngan geng geng Kasyah.

Kesimpulannye pegi la tengok kalo nak..ah lagi ost cite ni best sangat. Sedihh je i dengar....

2 comments:

Darlyn said...

Cam best plak review ko..bgus2...truskan usaha =0

alfablue7 said...

hoho..makceh

 
Blogger design by suckmylolly.com