Tuesday, April 26, 2011

PENUNGGU ISTANA


Pengarah : Wan Hasliza
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 21 April 2011
Durasi : 90 min

Sinopsis:
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

**sumber sinemamalaysia.com.my


Review aku:

Sebenarnye aku teruja nak tengok selepas menonton 'the making of' dekat astro. Realiti seram la katakan.. Dokumentari ni "dilakonkan" oleh 5 orang pelajar aswara yang cuba mengesan aktiviti paranormal kat Istana Billah untuk projek tahun akhir. So diorang mintak tolong uncle seeker untuk tolong diorang pasal team pakcik tu kan pakar dalam bab-bab hantu ni. maka penerbit dokumentari ni telah claim sume yang dipaparkan dalam dokumentari ini adelah footage asal yang dirakamkan oleh budak2 aswara tu. dalam the making tu ade dimuatkan temuramah pelakon filem ni (5 orang badak aswara tu) dengan pengarah satu drama tv (kalau tak silap) iaitu warkah terakhir. menurut pengarah tu (wan hasliza), seorang pelakon drama terbabit telah dirasuk semasa team beliau tengah melakukan penggambaran. Budak-budak tu ade jugak menemui pelakon drama terbabit untuk mengetahui hal berkenan dengan lebih lanjut. seram je aku dengar dan kuriusiti aku mula meningkat. Jadi aku pon baca la review sana sini dan kebanyakan orang yang mereview ragu dengan kebenaran cerita ni dan ade jugak yang mengatakan dokumentari ini sama sekali tidak mempunyai pengarah dan skrip. maka untuk mengesahkan kesasihan penipuan dokumentari ni aku pon telah mengunjungi panggung wayang berhampiran dan wowwwwww!!!!! aku amat bosan dari awal sampai habis. sikit lagi nak tertido. Awal-awal cite memang bosan teramat bile diorang baru nak tengok tempat, setting camera and stuff. budak-budak tu memang annoying dan bising, langsung tak hormat kat tempat yang kononnyo berpenunggu camtu. beberapa hari pertama memang takde pape yang boleh dirakamkan so uncle seeker mencadangkan beberapa cadangan untuk memanggil hantu keluar. salah satunye ialah membakar kemenyan (jin suke makan asap). Lepas tu camera diorang mula merakam benda-benda yang tak masok dek akal bila diorang semakin ghairah meneruskan kajian dan satu kejadian yang sadis telah terjadi bile salah seorang daripada mereka dirasuk. Ujung-ujung cite baru nak klimak tiba bammmm cite habis...Sume orang dalam panggung cam terpinga-pinga dan tertanya-tanya kecuali aku,hahah.. masing2 macam taknak bangun dari seat sebab tak puas hati dengan ending die yang umpama digantung tak bertali. Hampeh.

Kesimpulan: tak berbaloi untuk ditonton.

Wednesday, April 13, 2011

[my review] Don't go breaking my heart



Petang tadi saya?? pegi tengok wayang, cite komedi romantik cina, Dont go breaking my heart. Sorang-sorang tau hehe.. Pasal dah addicted sangat dengan menonton, sorang-sorang pon belasah je.. Actually aku nk tengok 'Just go with it', satu romantic comedy jugak but tak jadi, padahal dari hari tu aim nak tengok cite tu. sebenarnye this movie aku tak rasa pon macam best sebab tengok poster cam cliche je and aku hanya baca 1 review je tentang movie ni. selalu kalau nak tengok ape ape movie aku akan baca sampai 15 reviews T_T. Turn out cite ni sangat best and aku enjoy sampai habis. Jadi aku kasi 3.8 bintang!! (bintang-bintang ni wajib kalau buat review movie camni, heh).



Aku sangat yakin akulah satu-satunye melayu yang tengok cite ni, sebab aku masok antara yang terawal and usha sume orang yang masok (bese la sorang-sorang, takde orang nak ajak bual mestila keje usha orang hehe..). Apsal ah, inikah yang dikatakan one malaysia?? hehe.. aku dah konfius dah.. movie ni takde subtitle bahasa melayu atau english ke? (apeke bodoh pikiran, dah tayang kt malaysia mestila ade subtitle melayu..aigoo..).

Ok tengok poster pon dah boleh agak cite ni mengisahkan cinta tiga segi sorang perempuan and 2 orang lelaki. cite bermula apabila Zixin bertembung dengan ex boyfriend and wife die dalam bas semasa on the way ke tempat keje. Bini ex die tu agak bongok and jeles sebab husband die borak2 ngan Zixin smpai Zixin terpaksa turun dari bas and berjalan ke tempat kerja. Zixin yang maseh cintakan ex die sangat sedih dan hampir eksiden tapi diselamatkan oleh seorang lelaki (Hong Qi) yang kelihatan seperti pengemis tapi sebenarnye adalah seorang arkitek yang telah tersasar dari landasan akibat ketagihan alkohol. Dari situlah Zixin dan Hong Qi mula berkenalan dan Hong Qi tolong Zixin keluar dari kekecewaan terhadap exboyfriend die. Zixin pulak telah mendorong Hong Qi kembali menjadi arkitek yg berjaya menyebabkan Hong Qi mula meyukai Zixin, tetapi mereka terpisah sebab Zixin terlupa tentang temujanji mereka. Sementara itu Zixin ade crush dengan bos die (Shen Ran). Shen Ran ni pon sama suke jugak kat Zixin dan hadiahkan Zixin kereta n rumah. Tapi Shen Ran ni mata keranjang, pantang nampak perempuan seksi teros berdarah hidung, hahah. Zixin jeles dan tak dapat nak terima Shen Ran. After beberapa tahun Hong Qi berjaya bukak firma architecture die sendiri dan jumpe balik dengan Zixin. Die cube nak usha Zixin tapi Zixin bagitau die suke Shen Ran. Last-last Zixin dilamar oleh kedua-dua lelaki tu tapi sapekah pilihan Zixin? Untuk mengetahuinye bolehlah melawat mana-mana cinema berdekatan (bajet suspen la ni, heh).

Actually sinopsis tu aku kasi paling simple je jadi ko rasa cite ni macam bese-bese je kan?kan? Tapi percayalah memang best, haha. Banyak babak-babak menarik, mls la nak cite sume sebab bole makan jam kot dengan skil penulisan aku ni huhu. Aku yakin ramai perempuan yang tengok cite ni nak jadi macam Zixin sebab ade dua orang mamat hensem nak usha (sorang setia, sorang lagi playboy). Paling best bile ade sorang lelaki hensem and kaya pulak tu (sangat miang aku) yang menyukai kite tapi realitinye tak mungkin sorang playboy akan berubah demi sorang perempuan walaupon die betol2 cintakan perempuan tu, huhu. Jadi para gadis sekalian haruslah kamo sume membuat pilihan yang bijak ye. Pilihlah cinta sejati, hehehe.

Best.. Tak rugi tengok. Boleh challenge romantic comedy dari hollywood kot. Esok aku nk tengok 'Just go with it' pulak and nak compare mana lagi besh, hahah.

Mari tonton trailer di bawah :P

Wednesday, March 30, 2011

No title.

I want to pick up your call but I can't.
I have enough problems in my life, already
Go give others.

Monday, January 17, 2011

Attitude yang mencetuskan masalah

Terdapat 1 attitude dalam diri aku yang mana selama ni mendatangkan masalah yang berganda kepada aku iaitu MELARIKAN DIRI DARI MASALAH. Ye itulah die. I am not a problem solver but a problem creator. I cant be a researcher I guess.. my bad

Thursday, January 13, 2011

Tips on how to be happy when you are alone. How to have fun with yourself


Loneliness is the worst fear that a human being can cope with, it drives you to self destruction and ends in suicide. So here are some tips to eliminate your loneliness and staying happy alone. Be happy and you will succeed in everything that you desire.

Instructions:

1. Find a hobby, your very own. Make sure that hobby becomes an obsession. or at least it comes close to it.

2. Avoid getting trapped by making too many commitments. Spend time with yourself. Not that I am telling you to be idle and lazy rather do the things that you love.

3. Always have the desire to learn something new. Change is always challenging but when the attempt to change have been done you will feel that you have at least tried to something new and different.

4. Do not, I repeat Do not get dis hearted or dis appointed and never worry.It is a part of life. You can use the Anti-worry technique below to train your mind and be clear.

5. Always Love yourself. No matter what you like, or what ever you are. But not get egoistic.

6. Anti-Worry technique: It has only 3 steps to follow, whenever you are on the crossroads of fear and worry due to anything, use it.

Step 1: Whats the worst that can happen to you?
Step 2: Accept the worst mentally
Step 3: Improve your worst result now.

You will be clear headed, and will be thinking straight without any worries or fears because when you will accept your worst result they will automatically go away.

7. You are never alone. God is always with you. You can always talk to Him.

-Dipetik dari internet-

Saturday, January 8, 2011

Tips berjimat


Tiba-tiba rasa nak blog pasal ni, hakhakhak layak ke aku sedangkan dalam akaun bank hanya tinggal hanya 30RM. Oh man... Maka tips ini adelah berlandaskan pengalaman aku sendiri yang sentiasa pokai dan tidak mempunyai simpanan walaupon umur dah suku abad (tua wey..).

1) Perbelanjaan = pendapatan - simpanan. Every month simpan sejumlah wang dari pendapatan dan jangan sekali kali guna simpanan itu, paham? Simpanlah duit semampunye jangan la pulak sampai kau mati sebab tak makan sebulan gara-gara nak menyimpan punye pasal. Kalau gaji sebulan RM1500, bolehla kot nak simpan RM 100 atau 200 atau mungkin 50. Takpe sikit pon dari takde langsong. Sikit sikit lama lama tak jadi bukit pon tapi atleast ade saving and bolehla guna if kalau ade kecemasan. Tak gitu?

2) Pikir dulu sebelum bayar. Contohnye jika kau nak beli satu-satu barang tu pikir dulu sejenak berapa kali kau akan pakai dalam seminggu barang ni. Kalau ko rasa kau akan gune barang tu 5 hari seminggu, angkat la. Kalau setakat dalam 1 bulan entah tak sekali pon nak guna bak toksah beli. Membazir!! Selalunya kalau nak beli barang-barang macam handbang dan kasut (aku pompuan ye..) boleh la apply tips ni. Tolong. Pembaziran adelah amalan setan. Tolong jangan jadi setan. Uhuk!!!

3) Kurangkan outing. Yes, inilah aktiviti yang akan membuatkan duit kau mengalir macam air terjun. Walaupon kau tak beli ape ape barang, kau maseh kena keluarkan duit untuk makan, minyak kereta, tambang lrt, derma untuk orang buta dan cacat, masok toilet awam. Jadi kurangkan berjalan. Cubalah menghayati keindahan weekend di tempat tinggal masing-masing dan isilah dengan aktiviti-aktiviti seperti tidur, tengok tv, masak, buat amal ibadat, bersenam dan lain lain.

4) Kurangkan sight seeing di shooping mall ataupon lebih dikenali sebagai window shopping. Ye, window shopping akan membuatkan nafsu kau meluap-luap untuk mengangkat mana-mana barang yang telah menangkap pandangan mata kau kerana kalau tak beli hati akan jadi tak tenang maka jadilah sindrom makan tak lena tidur tak kenyang. Mula -mula nak window shopping je, on the way balik kiri kanan penuh bag plastik jugak..damn.

5) Jangan nak gatal-gatal nak daftar line broadband lah, telefonlah sebab nanti kau tak akan mampu bayar bila bil dah mula berlambak. Mula-mula bayarlah sebab semangat padahal beban gila. Lama-lama dah malas nak bayar and line pon dah kena potong. Ikut kemampuan. Jangan jadi macam aku maseh ade hutang dengan celcom. Malas nak bayaq, ke duit takdak..hu

6) Jangan sesekali berhutang. Oh ini bukan aku. Aku memang tak suke berhutang. Oh tipu..aku berhutang dengan seseorang tu jelah (paham-paham sendiri). Cakap je nak pinjam duit tapi sebenarnye taknak bayar pon hehheh jahat aku. Tapi yes please jangan berhutang tak kira la dengan orang atau bank melainkan kalau terpaksa (contonya nak beli kereta atau rumah). Kang sampai mati tak abes dok bayar hutang je. Lagi satu jangan amek kredit kad. Bunga besar ni wei. Dont dont dont do this kerana kau akan menuju kearah kebankrupan. Janganlah menuju kesana..

7) Berhenti beli barang online. Ini selalunye perempuan dan perempuan itu adalah aku!!! Suke sangat nak beli barang online padahal bukan best pon. Gambar je nampak best, dah pegang kat tangan sebenarnye tak best pon. Pastu taruk tepi je barang tu. Tengok dah berlaku pembaziran disitu..

Oklah itu je. Malas dah. Ye ye je nak buat post panjang-panjang gini. Penat mengarang walaopon ayat seperti keling

 
Blogger design by suckmylolly.com