Tuesday, July 27, 2010

Nasi tomato

Akibat dari terlalu lapar maka terterbitlah entry seperti ini. Lepas ni kalau ade lagi entry resepi maksudnye aku tengah lapar la tu..T T So kepada sesape sesape yang terasa baik hati time tu please dont hesitate to treat me some food heheheh.. Takdelah aku memang suka makan nasi tomato kat cafe kolej so kononnye nak belajar. Lepas ni tak payah lagi nak beli, masak sendiri jo..konon.. Saje post kat cni so senang kalau nak guna nanti kan..(again.. kononnye...). So here the recipe. Kredit kepada Izan.

Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 4 sudu

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau. Tambah sedikit minyak masak jika perlu. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi. Tambahkan susu cair kira-kira 4 sudu serbuk perasa (kuib ayam), garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

Lauk yang bersesuaian adelah ayam masak merah. Menurut Izan kena letak lebih sos tomato, sos cili dan tomato yang di'blend'. Selain tu acar timun. UUU bestnye~~~~~~ T T

p/es: Actually memang tengah lapar aku..wuwuuwuuu...TT

Monday, July 19, 2010

Lagu awek Noh nyanyi

Download here

Wishlist


Aku mempunyai wishlist yang tertunggak dan belom ditunaikan lagi (acehh bil and sewa yang tertunggak tak mo pule nak bayar). Mende-mende dalam wish list tu adelah;

1) DVD burner
2) Hardisk bersaiz yang sangat besar (500gig ke)
3) Handbag berjenama ribu ribu yang stylo mylo
4) Kolam (perasaan macam ade swimming pool dalam bilik)
5) Sun glasses ELLE yang santek itu (ade ternampak kat 1 belogshoppe)
6) Selipar jepun Nike (penting untuk alas kaki)

Pies: Sesungguhnye barang-barang kat atas tu semuanye untuk keperluan, bukan keinginan nafsu semata mata. Aku tau ini wishlist paling bodoh dan tak bermakna

Tuesday, July 13, 2010

Kebimbangan aku seribu satu..

So many worries in me.....

1) My study
2) People
3) Love matter
4) Money
5) Yesterday
6) When will i die (already done so many sins for past 25 years)
7) Future

Rasa macam nak giveup je sekarang...

Sunday, July 11, 2010

Aku nak belajar memasak


Terjumpa resepi nak buat gulai ayam. Eh senang je. Boleh la masak pakai resepi ni

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 ½ senduk cili kering (digiling)
1 ½ biji kelapa parut
1 senduk bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ senduk besar minyak makan
7 sudu makan rempah kurma
1 keping gula melaka
½ sudu makan gula
2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa



Cara-cara:
Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya. Kelapa diambil santan secukupnya. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi baunya. Masukkan cili giling dan serbuk rempah kurma. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.


**Kredit kepada mesra.net


 
Blogger design by suckmylolly.com