Tuesday, April 26, 2011

PENUNGGU ISTANA


Pengarah : Wan Hasliza
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 21 April 2011
Durasi : 90 min

Sinopsis:
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

**sumber sinemamalaysia.com.my


Review aku:

Sebenarnye aku teruja nak tengok selepas menonton 'the making of' dekat astro. Realiti seram la katakan.. Dokumentari ni "dilakonkan" oleh 5 orang pelajar aswara yang cuba mengesan aktiviti paranormal kat Istana Billah untuk projek tahun akhir. So diorang mintak tolong uncle seeker untuk tolong diorang pasal team pakcik tu kan pakar dalam bab-bab hantu ni. maka penerbit dokumentari ni telah claim sume yang dipaparkan dalam dokumentari ini adelah footage asal yang dirakamkan oleh budak2 aswara tu. dalam the making tu ade dimuatkan temuramah pelakon filem ni (5 orang badak aswara tu) dengan pengarah satu drama tv (kalau tak silap) iaitu warkah terakhir. menurut pengarah tu (wan hasliza), seorang pelakon drama terbabit telah dirasuk semasa team beliau tengah melakukan penggambaran. Budak-budak tu ade jugak menemui pelakon drama terbabit untuk mengetahui hal berkenan dengan lebih lanjut. seram je aku dengar dan kuriusiti aku mula meningkat. Jadi aku pon baca la review sana sini dan kebanyakan orang yang mereview ragu dengan kebenaran cerita ni dan ade jugak yang mengatakan dokumentari ini sama sekali tidak mempunyai pengarah dan skrip. maka untuk mengesahkan kesasihan penipuan dokumentari ni aku pon telah mengunjungi panggung wayang berhampiran dan wowwwwww!!!!! aku amat bosan dari awal sampai habis. sikit lagi nak tertido. Awal-awal cite memang bosan teramat bile diorang baru nak tengok tempat, setting camera and stuff. budak-budak tu memang annoying dan bising, langsung tak hormat kat tempat yang kononnyo berpenunggu camtu. beberapa hari pertama memang takde pape yang boleh dirakamkan so uncle seeker mencadangkan beberapa cadangan untuk memanggil hantu keluar. salah satunye ialah membakar kemenyan (jin suke makan asap). Lepas tu camera diorang mula merakam benda-benda yang tak masok dek akal bila diorang semakin ghairah meneruskan kajian dan satu kejadian yang sadis telah terjadi bile salah seorang daripada mereka dirasuk. Ujung-ujung cite baru nak klimak tiba bammmm cite habis...Sume orang dalam panggung cam terpinga-pinga dan tertanya-tanya kecuali aku,hahah.. masing2 macam taknak bangun dari seat sebab tak puas hati dengan ending die yang umpama digantung tak bertali. Hampeh.

Kesimpulan: tak berbaloi untuk ditonton.

1 comments:

.drakula. said...

kawan aku seorang ada menyibuk dalam filem ni...haha!

 
Blogger design by suckmylolly.com