Wednesday, April 13, 2011

[my review] Don't go breaking my heart



Petang tadi saya?? pegi tengok wayang, cite komedi romantik cina, Dont go breaking my heart. Sorang-sorang tau hehe.. Pasal dah addicted sangat dengan menonton, sorang-sorang pon belasah je.. Actually aku nk tengok 'Just go with it', satu romantic comedy jugak but tak jadi, padahal dari hari tu aim nak tengok cite tu. sebenarnye this movie aku tak rasa pon macam best sebab tengok poster cam cliche je and aku hanya baca 1 review je tentang movie ni. selalu kalau nak tengok ape ape movie aku akan baca sampai 15 reviews T_T. Turn out cite ni sangat best and aku enjoy sampai habis. Jadi aku kasi 3.8 bintang!! (bintang-bintang ni wajib kalau buat review movie camni, heh).



Aku sangat yakin akulah satu-satunye melayu yang tengok cite ni, sebab aku masok antara yang terawal and usha sume orang yang masok (bese la sorang-sorang, takde orang nak ajak bual mestila keje usha orang hehe..). Apsal ah, inikah yang dikatakan one malaysia?? hehe.. aku dah konfius dah.. movie ni takde subtitle bahasa melayu atau english ke? (apeke bodoh pikiran, dah tayang kt malaysia mestila ade subtitle melayu..aigoo..).

Ok tengok poster pon dah boleh agak cite ni mengisahkan cinta tiga segi sorang perempuan and 2 orang lelaki. cite bermula apabila Zixin bertembung dengan ex boyfriend and wife die dalam bas semasa on the way ke tempat keje. Bini ex die tu agak bongok and jeles sebab husband die borak2 ngan Zixin smpai Zixin terpaksa turun dari bas and berjalan ke tempat kerja. Zixin yang maseh cintakan ex die sangat sedih dan hampir eksiden tapi diselamatkan oleh seorang lelaki (Hong Qi) yang kelihatan seperti pengemis tapi sebenarnye adalah seorang arkitek yang telah tersasar dari landasan akibat ketagihan alkohol. Dari situlah Zixin dan Hong Qi mula berkenalan dan Hong Qi tolong Zixin keluar dari kekecewaan terhadap exboyfriend die. Zixin pulak telah mendorong Hong Qi kembali menjadi arkitek yg berjaya menyebabkan Hong Qi mula meyukai Zixin, tetapi mereka terpisah sebab Zixin terlupa tentang temujanji mereka. Sementara itu Zixin ade crush dengan bos die (Shen Ran). Shen Ran ni pon sama suke jugak kat Zixin dan hadiahkan Zixin kereta n rumah. Tapi Shen Ran ni mata keranjang, pantang nampak perempuan seksi teros berdarah hidung, hahah. Zixin jeles dan tak dapat nak terima Shen Ran. After beberapa tahun Hong Qi berjaya bukak firma architecture die sendiri dan jumpe balik dengan Zixin. Die cube nak usha Zixin tapi Zixin bagitau die suke Shen Ran. Last-last Zixin dilamar oleh kedua-dua lelaki tu tapi sapekah pilihan Zixin? Untuk mengetahuinye bolehlah melawat mana-mana cinema berdekatan (bajet suspen la ni, heh).

Actually sinopsis tu aku kasi paling simple je jadi ko rasa cite ni macam bese-bese je kan?kan? Tapi percayalah memang best, haha. Banyak babak-babak menarik, mls la nak cite sume sebab bole makan jam kot dengan skil penulisan aku ni huhu. Aku yakin ramai perempuan yang tengok cite ni nak jadi macam Zixin sebab ade dua orang mamat hensem nak usha (sorang setia, sorang lagi playboy). Paling best bile ade sorang lelaki hensem and kaya pulak tu (sangat miang aku) yang menyukai kite tapi realitinye tak mungkin sorang playboy akan berubah demi sorang perempuan walaupon die betol2 cintakan perempuan tu, huhu. Jadi para gadis sekalian haruslah kamo sume membuat pilihan yang bijak ye. Pilihlah cinta sejati, hehehe.

Best.. Tak rugi tengok. Boleh challenge romantic comedy dari hollywood kot. Esok aku nk tengok 'Just go with it' pulak and nak compare mana lagi besh, hahah.

Mari tonton trailer di bawah :P

0 comments:

 
Blogger design by suckmylolly.com