Tuesday, July 27, 2010

Nasi tomato

Akibat dari terlalu lapar maka terterbitlah entry seperti ini. Lepas ni kalau ade lagi entry resepi maksudnye aku tengah lapar la tu..T T So kepada sesape sesape yang terasa baik hati time tu please dont hesitate to treat me some food heheheh.. Takdelah aku memang suka makan nasi tomato kat cafe kolej so kononnye nak belajar. Lepas ni tak payah lagi nak beli, masak sendiri jo..konon.. Saje post kat cni so senang kalau nak guna nanti kan..(again.. kononnye...). So here the recipe. Kredit kepada Izan.

Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 4 sudu

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau. Tambah sedikit minyak masak jika perlu. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi. Tambahkan susu cair kira-kira 4 sudu serbuk perasa (kuib ayam), garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

Lauk yang bersesuaian adelah ayam masak merah. Menurut Izan kena letak lebih sos tomato, sos cili dan tomato yang di'blend'. Selain tu acar timun. UUU bestnye~~~~~~ T T

p/es: Actually memang tengah lapar aku..wuwuuwuuu...TT

0 comments:

 
Blogger design by suckmylolly.com