Friday, June 25, 2010

Menyampahness

Perangai buruk tipikal orang melayu masa kini;

1)Busuk hati tak boleh tengok orang lain senang
2)Dengki mendengki sama la pantang tengok orang best sket dari die
3)Hipokrit iaitu act like baik padahal bukan baik sangat pon
4)Perasan bagos dan benarrrr iaitu pakai kopiah and tudong atas kepala dah rasa berada dilandasan yang betol (sama dengan ngan riak)
5)Nampak salah orang lain sampai carik kain sendiri tak nampak



*********Nak jadi baik, nak pindah pergi antartika (boleh tengok pingu pinguuuu~~~kuek kuek kuek , huh camni ke bunyi penguin?)

Tuesday, June 22, 2010

In shouju mood (saya kan girlish... @_@)

Kat bawah ni adelah satu manga (manga ye bukan mangga) yang aku baca pada satu masa yang dah lampau. Sangat best la aku minat sangat pada masa tu and bila baca balik sekarang pon maseh lagi best. Tak luntur dek zaman huhuh..kalau nak baca gek download je kat bawah ade aku tepek link. Free download of cos...

Sinopsis sekontot cuma:
Seorang gadis naif (Hatsumi) yang digilai tiga orang jejaka tanpam menyebabkan pelbagai dugaan terpaksa dilaluinye.







Download Hot Gimmick vol 1

Warning: jiwang content (but with maximum yuckiness) + cute + seswai untuk gadis comel yang sukakan kecomelan sahaja (rasa comel bole download)

Nantikan episode akan datang!!!!!!!!!!
(kahkahkah..rasa sikit kelakar)

Wednesday, June 9, 2010

Blog wth

Aku tukar domain so take note kepada reader2 aku (hahah ade ke? prasan amat ko ni). Blog sebelom ni telah dijahanamkan oleh aku so telah memaksa aku pindah blog itu ke blog baru. Blog ni pon sama bongok je tak abes lagi edit sebab masa tengah tengah edit terasa kemalasan yang amat sangat (Ade orang tu kata nak tolong aku edit tapi tak tolong pon). Mengapakah..Menyampah pulak aku ngan blogspot ni. Aku nak tukar template je tiba tiba sume dah jadi jahanam. Tak boleh nak reves jadi yang asal (sape soh tak backup. padan muko). gtfshgasdhswfjeiouvioerjbvkl nye, huh!! Habis lari reader aku. Tengok aku prasan lagi. Semoga aku akan menjadi top blogger (ade hati nak jadi top. oi pegi tido pegi mimpi) n jadi kaya raya (bole kaya ke??) and dapat pakai wordpress (ape ni nak jadi top blogger semata mata nak pakai wordpress je).

P/es: Beztt pulak kue tiaw kongfu. Dapat meredakan kemarahan.
p/esss: menataplah layout umpama jambu air and nyahsss dari aku. girly geleman gitu

Sunday, June 6, 2010

[Review] Lagenda budak setan




Jumaat lepas dah tengok movie Legend of satan boy (boleh ke camni?) and inilah reviewnye daripada aku! Sume orang buat review so takleh jadi dengki dengki nak buat jugak. Tengok tayangan midnight tu, cam bese aku berusaha bile dah gersang nak tengok movie baru yang ditunggu-tunggu. Ok la citenye nak kata tak best tak jugak, nak kata bestttt sangattttt pon tak jugak. Bese la cite romance melayu masa tengah tengok tu mesti ade rasa bosan bosan sket. Sebelum ni aku teruja sangat nak tengok pasal die punya trailer cam gempak gile..rasa cam inilah filem melayu 2010. Takde filem lain boleh challenge dah. Disebabkan filem ni adalah adaptasi novel, cam bese akan banyaklah babak babak yang nampak cam tergantung pasal banyak benda nak diceritakan dalam tempoh sejam lebih.

Ringkasan cerita adalah Kasyah (Farid kamil) yang jugak dipanggil budak setan disebabkan oleh kenakalannya telah menyukai Ayu (Lisa surirumah ehh surihani) dan mula la meng'adjust'2 Ayu itu sampai mereka bercinta. Tapi Ayu terpaksa berkahwin dengan kekasih lamanye iaitu Azmi (Que haidar) diatas permintaan ibunye yang sedang sakit. Tapi Azmi ni jahat, mereka bergaduh dan Ayu telah seksiden semasa lari dari rumah selepas bergaduh. Akibat dari seksiden itu muka Ayu yang cun cun gile itu dah rosak dan jadi hudus yang amat (babak ni kelaka, sume orang gelak hahah). Ayu buat pembedahan plastik dan mukanye dah jadi tak sama macam dulu dan jugak bercerai ngan Azmi jahat tu. Kasyah jumpa balik Ayu yang muka dah lain itu dan berkahwin tapi masa ni Ayu hilang ingatan la pulak.... Sementara itu ade sorang pompuan namanye Katrina (Fazura) menyukai Kasyah tapi kasyah tak layan pasal die masih cintakan Ayu. Tapi Ayu mati semasa melahirkan anak hasil perkongsian hidop dengan Kasyah. Dan habis..cite akan bersambong entah bile pulak....tajuk katrina kot, sama macam novel.

Dari segi lakonan, Farid kamil berlakon best la kot disamping best la si Farid kamil tu dapat pelok sume pompuan dalam cite tu termasok Shila Mambo pon die nak pelok. Lisa surihani pon best pasal die lawa dan ayu yang amat, kalau belakon tak best pon totap nampak cam best. Tapi kan tak boleh sebut huruf R rupanye si lisa ni. Orang bunyi oghang, frust jadi fgruh, marah bunyi maghah. Hahah..comel pule...Ayu yang dah berubah wajah dilakonkan oleh Shikin kot namanye, pelakon baru yang tidaklah secantek lisa surihani dah pulak tu tinggi dari lisa surihani. Nampak sangat la tipunye. Apasal tak ukur dulu masa pilih pelakon. Cite mula rasa meleret leret sket bile Ayu hilang ingatan dan lupe sume orang termasok Kasyah (tapi nak buat camne dah novelnye camni). Que Haidar dan Fazura berlakon sangat best dan nampak real. Pelakon pelakon tambahan lain yang bawak watak kawan-kawan sengal kepada Kasyah seperti Nubhan (keras ya amat ko belakon, mati aku tengok), Zoey gerak geri gasing (okla die belakon pasal die ni orang tempat aku so mestilah ok kan..) and Nabil anak wayang belakon sambil kontrol ensem plus keras keras umpama kayu kayan. Lagi pelakon lain adalah anak pontianak tu nama ape ah, zarina ke, rasanye die la kot bawak watak ala ala betty dan kena buli ngan geng geng Kasyah.

Kesimpulannye pegi la tengok kalo nak..ah lagi ost cite ni best sangat. Sedihh je i dengar....

Wednesday, June 2, 2010

FTW!

˙˙ǝɾɐs uɐıʞǝs ˙nʞɐ ɐpɐdǝʞ ƃuoƃuǝq soɹǝʇ ʇɐɯɐlǝs ˙(¿ǝʞǝʎ˙˙ʇooɹ ɹn oʇ ʞɔɐq) ɐdɐq nqı ınɯǝuǝɯ uɐɯɐlɐɥ ƃundɯɐʞǝʞ ƃuɐlnd nɐʇɐ ɥısɐʞǝʞ ɐɯɐsɹǝq ʞɐdǝl ıʇıʌıʇʞɐ nɐʇɐ ʇno ǝʇıu slɹıƃ uɐʞnlɹǝɯǝɯ nʞɐ uıʞƃunɯ˙˙ɯɯɥ˙˙ɯɯɥ ˙(ʇɐnlǝɯ nʞɐ ƃuɐʎ ƃuɐɹo ıɹɐp ʇɐɥısɐu ɹɐƃuǝp ʞɐu ıʇuɐ nʞɐ lɐsɐd ǝɾ ǝʞns nʞɐ ƃuɐʎ ƃuɐɹo) nʞɐ uɐʞısɐʌıʇoɯ ƃuoloʇ ƃuɐɹoǝsǝs ¿¿¿¿ ɥɐp nʞɐ ɥɐʞǝpɐ ˙ʞılɐqɹǝʇ ıpɐɾ ɥɐp ǝɯns uɐɐʇɐʞɹǝd dıɐuǝɯ nʞɐ ƃuɐɹɐʞǝs ɐl ʞoƃuǝʇ ¿¿ǝʞ loʇǝq ¿ʇǝıpɹǝq ʇɐdɐp nʞɐ ǝʎulısɐɥ uɐp uɐʞɐɯ nlɐl ʞɐʇ ɯɐɔɐɯ ʞɐƃnɾ nʞɐ ˙nʞɐ dɐpɐɥɹǝʇ ɐsopɹǝq ʞɐʇ ƃuɐʎ uɐsuı uɐsuı ǝʇǝʞ ɥɐɹɐuǝɯ ʞǝsɐ nʞɐ ǝʎulısɐɥ oɹǝʞ ıpɐɾ nʞɐ uɐʇɐɥılƃuǝd 'loʇǝq ʞɐʇ ıpɐɾ ɥɐp nʞɐ ʞɐʇo ˙nʞɐ ısoɯǝ uɐɥɐɯǝlǝʞ uɐʞɥɐqɯɐuǝɯ uɐp ʇıʞɐs ʇıʞɐs ɐsɐɹ nʞɐ uɐpɐq opıʇ ıɹɐp unƃuɐq ǝlıq ˙˙ǝʞǝʎı ˙ǝqʎɐɯ ssǝɹʇs uɐp pooɯ ǝpʞɐʇ ƃuɐɯǝɯ nʞɐ ɐpuɐʇ ɐpuɐʇ lıʇɐʞ ıɹɐp ʞɐɹǝƃɹǝq ʞɐu sɐlɐɯ qɐqǝs ʇɐqɯɐl uod unƃuɐq ˙ǝʎ ɐdɐuǝʞ ˙ǝdɐ ǝdɐ uɐʞnʞɐlǝɯ ʞnʇun pooɯ ǝpɐ ʞɐʇ ɥǝsɐɯ nʞɐ ıdɐʇ ɥɐpuı ƃuɐʎ ıɹɐɥ ıu ıɹɐɥ

ısɐuıɯıɹʞsıp ɐpɐıʇ ˙uɐɔ oslɐ ɹǝƃƃolq-uou
˙uǝɯoʞ uɐʞlɐƃƃuıʇ ɐlıs ıu ʇsod ɐɔɐq ʇɐdɐp ƃuɐʎ ǝdɐsǝs :s/d

ɯoɔ˙ʞɐpıʇɥo ɐpɐdǝʞ ʇıpǝɹʞ

Tuesday, June 1, 2010

Breaking news

Tadi aku tertengok nightline kat umah member kepada member aku. Ade berita pasal askar-askar israel yang menyerang kapal yang sedang bawak bantuan ke Gaza. Memang kejam yang amat askar israel ni turun dari heli and serang orang-orang kat atas kapal tu (Mavi marmara). Siap tembak-tembak sume dari heli. Dah terang terang mereka yang bawak bantuan tu bukan askar ke polis bantuan ke pak guard ke, biase biase je pakai tshirt sluar jeans. Nampak tak bahaya langsung. Boleh pulak ditembak-tembak dibelasah belasah, tegar betol kekejaman diorang ni. Sangat takde t***r la askar-askar israel tu. Tunggu la korang kena telan ngan bumi pastu didamned dalam neraka. Stay la ko selama-lamanya dalam neraka jahanam pasal korang memang jahanam yang amat la (woi dengar ni israel aku tengah kutuk ko woi!!! Dasar israel bdhkjdyiwufyckjabdsm). Yang geng-geng kapal bantu membantu pon katanya dah dapat jangka mereka akan di'block' oleh israel tapi mungkin tak sangka akan kena bedil. Bagi militan israel diorang yang bagi bantuan ni macam nak provoke diorang. Memang suicidal betol la tapi gagah jugak nak pergi bagi bantuan ke Gaza. Mintak-mintak yang masih selamat tu akan selamat dan dapat kembali ke negara asal masing masing. Doa doa la kita..
Bawah adelah video serangan Israel ke atas salah satu kapal pembawa kemanusiaan tu. Aku cari sebijik sama dalam nightline. hebat tak

 
Blogger design by suckmylolly.com